THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, October 26, 2007

Cuaca Dunia Semakin Pelik

REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India. Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam sekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar. Inilah senario terkini keadaan cuaca dunia yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejuk melampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan tidak memberi ruang bagi negara mangsa untuk bernafas. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan. Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekod alam sekitar pun tidak terkecuali kelam kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa negara dalam tempoh dua bulan lalu. Namun, antara contoh ‘klasik’ atau ketara adalah membabitkan kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah dan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau dengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru ini. Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama sejak 1981. Cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburg serta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius. "Salji yang turun itu menjadi satu fenomena unik bagi kami kerana ia jarang berlaku di negara ini. Cuaca sejuk memang berlaku tetapi tidaklah sehingga menurunkan salji," kata Kevin Rae, Timbalan Pengurus Jabatan Kaji Cuaca Afrika Selatan di Pretoria yang dipetik media tempatan. Ketika penduduk Afrika Selatan memakai baju sejuk dengan anak kecilnya riang bermain salji, warga Amerika dan Eropah lebih selesa berpakaian tipis dan merendamkan kaki di air pancut akibat cuaca panas melampau. Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005. Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus. Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan. Ramai kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap dalam atmosfera. Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai Pusat Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah. "Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku dengan kerap." Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan kemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroon dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itu menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh termasuk 600 akibat taufan Bilis saja. Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia di Korea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orang masih hilang sehingga hari ini. Apa yang pasti, keadaan cuaca yang tidak menentu itu diperakui sejak beberapa tahun lalu yang membawa kepada penubuhan satu agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Intergovernmental Panel non Climate Change (Panel Perubahan Cuaca) pada 1988. Laporan keempatnya mengenai fenomena pelik cuaca dunia akan dikeluarkan tahun depan. Laporan itu bakal mengemas kini butiran kajian 2001 yang sudah memberikan amaran peningkatan suhu sebanyak 1.4 - 5.8 darjah Celsius pada 1990 sehingga 2100 bakal mendatangkan kesan buruk. Apa yang pasti, tempias amaran laporan PBB itu sudah pun ketara sejak akhir-akhir ini. Fenomena pelik cuaca bukan setakat satu andaian tetapi hakikat yang bakal berlaku pada bila-bila masa. Malangnya, biar sehebat mana pun kecanggihan teknologi bagi mengesannya, ia tidak dapat mengekang kemusnahan akibat bencana alam yang berlaku. Manusia hanya mampu menunggu dan melihat kemusnahan disebabkan cuaca makin pelik dan buruk ini.

Bukti Cuaca Dunia Semakin Pelik

2006

Amerika Syarikat, Eropah dilanda panas melampau manakala Afrika Selatan menyaksikan salji buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

Kajian terbaru buktikan pembentukan awan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya menyebabkan beberapa habitat hidupan liar kekeringan dan menjejaskan perubahan flora dan fauna.

2005

Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim.

Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling panas.

Kemarau dan panas kering menyebabkan musim kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 8.5 juta ekar kawasan dunia yang jauh atasi fenomena sama pada 2000.

Sumber: Berita Minggu ( 13 Ogos 2006 )

Kesan pemanasan global



MACHANG: Beberapa lokasi rendah di negara ini yang berada separas dengan laut berisiko tinggi lenyap ‘ditelan laut’ berikutan kemungkinan berlaku fenomena air laut meningkat disebabkan kepanasan global. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, berkata kerajaan bagaimanapun tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mencari langkah terbaik yang akan diambil bagi mengatasi fenomena itu. “Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu kemungkinan nasib yang menimpa beberapa negara Eropah seperti Belanda akan menimpa negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi 73 penduduk uzur dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pangkal Melerek, di sini semalam. Beliau berkata, negara memerlukan langkah jangka panjang sekurang-kurangnya membina benteng terutama bagi kawasan yang berisiko tinggi seperti di Batu Pahat, Johor dan Pantai Sabak di Kelantan. Katanya, peruntukan berbilion ringgit diperlukan bagi kerja itu dan kementerian memerlukan sokongan semua pihak terutama pihak berkuasa kerajaan tempatan dan kementerian lain. Sazmi berkata, masalah di Batu Pahat sangat merumitkan apabila banjir di kawasan itu berlaku akibat hujan lebat berterusan kerana air sungai tidak dapat mengalir ke laut berikutan paras laut hampir menyamai daratan. Katanya, sementara kawasan seluas setengah kilometer di Pantai Sabak sudah dihakis ombak sejak beberapa tahun lalu menyebabkan puluhan rumah kepunyaan penduduk di situ musnah dan dihanyutkan ombak besar pada musim tengkujuh. Beliau berkata, kedua-dua kawasan itu lebih berisiko tinggi apabila berlaku gempa bumi berhampiran negara secara berterusan. Bagaimanapun, beliau berharap penduduk yang tinggal di kawasan itu harus bersabar kerana fenomena itu baru berlaku dan memberi peluang kepada kerajaan mengatasinya. Bernama.

Thursday, October 25, 2007

Cabaran Baru PBB

KEBIMBANGAN mengenai planet bumi dan kehidupannya semakin mendapat perhatian para pemimpin dunia. Kehidupan manusia kian terancam. Kesan perubahan iklim setakat yang kita ketahui sangat mengerikan. Ia menjadi topik khusus dan disentuh oleh para pemimpin yang berucap pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York. Walaupun ada yang menyebutnya sebagai agenda Amerika Syarikat (AS) tetapi perubahan iklim sudah menjadi topik hangat. Pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Sydney, bulan lalu ia juga menjadi topik utama. Begitu juga ASEAN, sidang kemuncak di Singapura pada November ini akan menjadikan perubahan ilkim dan alam sekitar sebagai agenda utama pertemuan. Persidangan itu sendiri mengambil tema Tenaga, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Pembangunan Berterusan. Dalam masa terdekat ini, isu perubahan iklim akan menjadi topik perbahasan utama setiap persidangan serantau mahupun antarabangsa. Ia mungkin sama penting atau lebih penting daripada isu keselamatan dan keamanan. Sudah ada kesedaran dalam kalangan pemimpin dunia bahawa perubahan iklim sukar untuk dicegah dan dihentikan. Perubahan iklim ibarat waktu yang akan terus bergerak. Kajian ilmiah mendapati planet Bumi yang kita huni ini akan tunggang-langgang akibat perubahan iklim. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dibentuk oleh PBB meramalkan kutub utara akan hilang dalam tempoh 50 tahun lagi, peningkatan suhu 1.8 hingga 4 darjah Celsius, permukaan air laut naik 28 hingga 34 sentimeter dan peningkatan gelombang udara panas dan badai tropika. Kajian juga mendapati perubahan iklim boleh menjadi punca meningkatnya pelbagai penyakit seperti wabak taun, demam berdarah dan malaria. Bencana yang diakibatkan perubahan iklim dianggarkan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$150 bilion setahun. Kesannya memang sudah kita rasai sekarang. Banjir besar di kawasan yang sebelum ini bebas daripada bencana itu, ribut taufan dan gempa bumi. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berucap pada perhimpunan agung PBB, bencana teruk akibat perubahan iklim itu belum tiba lagi. Dan pada perhimpunan agung PBB ke-62 ini, masyarakat dunia telah melangkah ke era baru. Buat pertama kali dalam sejarah, masalah perubahan iklim dibincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan negara anggota. Hasilnya, mereka sepakat untuk menjadikan pertemuan Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 di Bali pada Disember ini untuk menggubal perjanjian baru menggantikan Protokol Kyoto yang tamat pada 2012. Protokol Kyoto merupakan perjanjian di bawah naungan UNFCCC dan meliputi lebih 160 negara serta lebih 60 peratus dari negara-negara dari segi pelepasan gas rumah hijau secara global. Pertemuan pemimpin peringkat tinggi itu yang diadakan sehari sebelum sesi perbahasan umum PBB, Isnin lalu memberi petunjuk positif terhadap kesungguhan politik pemimpin dunia menangani cabaran perubahan iklim melalui tindakan bersama.

Pelengkap

Satu-satunya forum yang akan digunakan untuk melaksanakan kesepakatan itu ialah melalui UNFCC. Inisiatif lain seperti ditegaskan oleh Abdullah, tidak boleh menjadi saingan tetapi pelengkap kepada kesepakatan dalam UNFCC. UNFCC penting sebagai forum bagi membahas dan melaksanakan perjanjian pasca-Protokol Tokyo yang tamat pada 2012. Dalam aspek ini, semua pemimpin dunia sebagaimana komitmen yang telah dinyatakan di perhimpunan agung PBB, perlu melaksanakan segala kesepakatan atau perjanjian sebelum akhir 2012. Soalnya sekarang ialah komitmen negara maju seperti negara yang kini mengambil peranan sebagai ‘pemimpin dunia’, Amerika Syarikat (AS) untuk sama-sama melaksanakan segala kesepakatan pasca 2012. AS sendiri tidak menandatangani Protokol Tokyo yang ditandatangani pada 1997. Kali ini kesungguhan AS dan negara maju lain ditagih serta tidak ada yang terkecuali. Diharapkan ketidakhadiran Presiden George W. Bush pada sesi meja bulat berkenaan teknologi sebelum UNGA ke- 62 bermula tidak menggambarkan kedegilan AS untuk melaksanakan kesepakatan dalam menangani perubahan iklim pasca 2012. Bush yang menghantar Setiausaha Negara, Condoleezza Rice bagaimanapun menyatakan AS memahami keperluan mendesak untuk menangani perubahan iklim. Tetapi AS, sebagaimana selalunya mempunyai agenda sendiri dalam menangani isu ini. Bush pada minggu ini menganjurkan sendiri persidangan perubahan iklim yang dihadiri oleh 16 buah negara maju – negara penyumbang terbesar pencemaran. Nampaknya Bush mahu membentuk pelan dan tindakan sendiri, yang mungkin nantinya akan digabungkan dengan usaha PBB melalui UNFCC. Inilah politik PBB, negara maju khususnya AS tidak akan tunduk kepadanya tetapi sebaliknya mereka yang menentukan apa seharusnya dilakukan oleh badan dunia itu. Dalam hal ini, negara-negara membangun termasuk Malaysia dan Indonesia, selaku hos kepada UNFCC ke-13 nanti, telah menyuarakan pendirian masing-masing untuk memastikan perjanjian pasca 2012 benar-benar berkesan dalam menangani cabaran perubahan iklim. Tetapi sekali lagi, mampukah negara-negara maju melaksanakan peranan kritikalnya – mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengembangkan mekanisme yang memudahkan sumbangan dan mewujudkan peruntukan khas – sebagaimana permintaan negara membangun dan miskin?

Bencana

Inilah isu penting yang perlu diselesaikan segera sebelum berakhirnya perjanjian Protokol Kyoto yang akan menentukan nasib muka bumi ini daripada bencana akibat perubahan iklim. Sebenarnya perubahan iklim telah menjadi topik percakapan masyarakat dunia sejak tahun 1990-an lagi. Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 merupakan permulaannya. Inilah yang diingatkan oleh Abdullah di depan khalayak antarabangsa semasa berucap pada UNGA, Jumaat lalu. Beliau mengingatkan bahawa mesej sidang kemuncak itu bukan lebih daripada “transformasi sikap dan tabiat kita yang akan membawa perubahan yang sewajarnya.” “Kebenaran ini masih kekal,” tegas Perdana Menteri. Nampaknya dalam menangani masalah sejagat ini, lebih banyak cadangan dan usul dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah tindakan diambil sedangkan tiada langkah bermakna dilakukan untuk menjaga kesejahteraan Bumi ini. Memang kesejahteraan planet Bumi dan semua penghuninya berada dalam kawalan kita tetapi sayangnya manusia itu sendiri yang tidak mahu berubah kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Negara maju dengan lagaknya enggan berkongsi kemakmuran untuk memberi pampasan kepada negara membangun dan miskin yang berusaha melakukan usaha-usaha mengawal pemanasan global. Negara membangun dan miskin pula hanya pandai berteriak meminta bantuan sedangkan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihara alamnya. Hutan hijaunya digondol sesuka hati manakala kawasan bukit-bukau ditarah untuk pembangunan. Lantas apa yang boleh kita lakukan jika bencana alam akibat kecuaian manusia itu terus berlaku. Apakah kita hanya mahu berserah kepada takdir? Apakah bencana alam yang silih berganti sekarang merupakan petanda akhir zaman? Yang jelas, masalah perubahan iklim akan menjadi satu lagi ujian keberkesanan peranan PBB sebagai sebuah badan yang mewakili masyarakat dunia selepas kegagalannya dalam menangani isu keselamatan dan keamanan sejagat.

Bencana Banjir



Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.


Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Wednesday, October 24, 2007

Kesan banjir terhadap ekonomi bandar

Peniaga sekitar bandar Kota Tinggi telah menagalami satu trauma yang cukup hebat. Pada akhir Disember mereka telah diuji dengan satu bencana alam yang besar iaitu gelombang banjir pertama. Mereka telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit malahan ada diantara mereka yang kerugian jutaan ringgit terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan berskala besar. Kejadian gelombang pertama tidak mematahkan semangat mereka, selepas kejadian banjir ini mereka telah mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki kedai dan mendapatkan bekalan stok yang baru. Mereka mahu memulakan pernigaan mereka secepat yang mungkin. Namun panas tidak sampai ke petang, sekali lagi kota tinggi dilanda banjir pada awal Januari. Namun kali ini lebih dasyat apabila gelombang kedua 'mengganas' bagaikan harimau luka. Peniaga mengalami kerugian yang amat dasyat. kali ini mereka tidak lagi dapat menampung kerugian mereka kesan gelombang kedua. Sehingga kini, masih banyak kedai yang tidak memulakan operasi malahan ada juga yang tidak mahu mengambil risiko untu melabur di bandar kota tinggi. Ada sesetengah pemilik pernigaan yang menjadi gila akibat bebanan hutang yang tinggi kepada pihak bank. Bandar Kota Tinggi kini bagaikan sebuah bandar yang baru di bangukan. kerajaan negeri melalui majlis daerah kota tinggi telah merangka beberapa projek bagi meningkatkan pelaburan masuk ke kota tinggi.Mengikut perancangan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70juta bagi meningkatkatkan ekonomi Kota tinggi pelbagai langkah sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antaranya ialah projek pendalaman Sungai. Ini bagi mengelakkan air melimpah naik ke daratan. Selain itu banyak kemudahan awam yang dibina dan dibaiki. Seperti jambatan jalan raya, bangunan kedai dan pejabat, tempat pelancongan dan sebagainya. Ini semua dilakukan untuk menyakinkan pelabur bahawa Kota tinggi tidak akan mengalami bencana lagi.

Kesan banjir kepada penduduk

Banjir besar di Kota Tinggi pada bulan Disember dan Januari telah menjejaskan ekonomi penduduk Kota Tinggi. kebanyakan daripada mereka adalah berkerja sebagai buruh dan peniaga. Bagi peniaga, mereka terpaksa menaggung kesan kerugian yang amat dasyat. Mereka terpaksa menelan pahit apabila melihat kedai dan barangan dihanyutkan banjir. selain itu, rumah mereka juga rosak teruk akibat banjir. Mereka terpaksa menanggung kerugian dua kali ganda lebih tinggi daripada penduduk lain. Ada juga segelintir daripada mereka hanya menerima bantuan untuk kedai sahaja, tetapi terpaksa menanggung kos kerosakan rumah atas tanggungan sendiri. Oleh itu, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membaika kediaman mereka.

UKM di ISS


Pelancaran roket Soyuz pada 10 Oktober 2007 yang membawa angkasawan pertama Malaysia menandakan satu titik sejarah dalam bidang sains angkasa negara.
Tiga kajian dalam bidang sains hayat telah dibawa bersama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dua daripada eksperimen ini diketuai oleh penyelidik dari UKM iaitu Profesor Dr. A Rahman A Jamal, yang mengetuai kajian sel kanser di angkasa dan Profesor Dr. Ramelah Mohamed yang mengetuai kajian mikrob di angkasa.
Profesor Dr. A Rahman yang juga merupakan ketua pasukan saintifik bertanggungjawab berkomunikasi dengan Dr. Sheikh Muszaphar pada sesi komunikasi teknikal yang dijalankan dua kali sehari di Pusat Kawalan Misi (MCC), Moscow. Dengan sokongan dan panduan daripada semua saintis dan pasukan teknikal di MCC, serta latihan dan pemahaman yang mendalam, Dr. Sheikh Muszaphar telah berjaya menyempurnakan semua eksperimen sains angkasa dengan cemerlang. Prestasi beliau sebagai seorang angkasawan juga dipuji oleh pihak Rusia dan juga rakan dari Agensi Angkasa Eropah.
Penyempurnaan penyelidikan sains angkasa ini bersama misi angkasawan menandakan satu pencapaian baru bagi saintis Malaysia dalam bidang yang bukan sahaja memerlukan kepakaran bidang sains hayat, malahan dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa, serta aspek logistik dan teknikal yang lain. UKM kini mempunyai kapasiti untuk meneruskan kajian seperti ini bagi menyahut seruan pimpinan negara agar penyelidikan sains angkasa diteruskan.

Hasil Kajian.

Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar, Kota Tinggi.
Pegawai : Md. Khisban B. Abu YaminKetua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

Majlis Daerah Kota Tinggi telah melakukan banyak pembaikpulihan bagi membangunkan lagi daerah Kota Tinggi khususnya selepas banjir melanda. Antara projek-projek yang dilakukan adalah :
Penempatan semula penduduk yang tinggal dikawasan yang berisiko tingi untuk dilanda banjir.Pembaik pulih Bazar Kota. Para peniaga teruk terjejas akibat banjir ini. Peniaga-peniaga mendapatkan pinjaman daripada bank-bank untuk menubuhkan semula perniagaan mereka.Membuka penempatan baru untuk penduduk. Sebuah rumah berharga 46 ribu tetapi penduduk hanya perlu membayar rumah tersebut dengan harga 25 ribu iaitu sebanyak RM 100 sebulan selama 25 tahun.Projek pembaik pulih banjir iaitu sebanyak 22 projek.- Fasa pertama adalah pada bulan Februari manakala fasa kedua pada bulan April.- Antara yang dibaik pulih adalah jalanraya, perparitan, pencahayaan dan infrastruktur.Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk membaik pulih daerah Kota Tinggi ini adalah sebanyak RM 10 juta yang diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Hal-hal lain- Peniaga Kota Tinggi dikecualikan daripada membayar cukai harta yang terdiri daripada lesen dan sewa gerai sehingga 7 jun 2008.- Dewan Perniagaan Melayu dan Cina menganjurkan seminar khusus untuk para peniaga.- Projek mendalamkan Sungai Johor yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta.

Hasil Kajian.

Maklumat di Majlis Daerah.Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Majlis daerah Kota Tinggi.
Pegawai : Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir seramai 7880 buah keluarga iaitu pada banjir pertama dan banjir kedua. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir sama ada oleh pihak kerajaan ataupun persatuan-persatuan. Bantuan diberikan kepada penduduk yang rumah mereka ditenggelami air dan juga kepada peniaga-peniaga yang turut terjejas, tetapi bantuan diberi keutamaan kepada rumah terlebih dahulu. Ini menyebabkan ramai peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Kumpulan kami tidak mendapat banyak maklumat kerana pemberi maklumat tidak sempat untuk membuat persediaan yang secukupnya kerana kedatangan rombongan kami tidak diketahui oleh pihak Majlis Daerah, tetapi mereka cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin. Pegawai berkenaan mencadangkan supaya kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap daripada jabatan-jabatan yang berkenaan.

Saturday, September 29, 2007

Usahasama UKM-Khazanah untuk pemuliharaan Wilayah Pembangunan Iskandar



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam memantau dan menguruskan usaha-usaha pemuliharaan hutan paya bakau di kawasan-kawasan berhampiran dengan Wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor.Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah, Dekan Fakulti Fains Sosial dan Kemanusiaan UKM, mengetuai kumpulan penyelidik UKM dalam membantu Khazanah membangunkan kawasan di Wilayah Pembangunan Iskandar.Wilayah Iskandar dijangka akan berkembang menjadi sebuah metropolis termaju di selatan Semenanjung Malaysia di mana kemajuan serta kepesatan pembangunan ekonomi, sosial serta persekitaran akan saling membangun dalam suatu suasana yang harmoni. Terletak di selatan negeri Johor, Wilayah Iskandar akan menjadi hub ekonomi Asia Tenggara yang bersifat global. Pembangunan di kawasan ini dikawal selia secara terperinci oleh Khazanah bagi memastikan kejayaan pelan pembangunannya yang mempunyai keluasan 2,217 km per segi.Untuk pelaksanaan perancangan dan implementasi, Wilayah Iskandar telah menggunakan polisi meminimumkan risiko pemusnahan alam sekitar dan bencana alam serta melindungi sumber--sumber alam semula jadi.Dengan Wilayah Iskandar menjadi pusat penjana pembangunan, kawasan ini akan dibangunkan sebagai pusat ekonomi antarabangsa tanpa mempertaruhkan kewujudan sumber alam yang tidak ternilainya, iaitu hutan paya bakau.Hutan paya bakau yang meliputi kawasan perairan Wilayah Iskandar adalah dilindungi oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai satu daripada empat kawasan perlindungan tanah pamah Ramsar di Malaysia dan akan dilindungi dari apa jua ancaman kemusnahan. Zon penampanan diletakkan untuk memisahkan kawasan Wilayah Iskandar dengan kawasan hutan paya bakau. Aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan tidak boleh dilakukan melebihi kawasan zon penampanan kerana kawasan itu menandakan sempadan antara Wilayah Iskandar dengan kawasan hutan bakau tersebut.Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah menyatakan bahawa hutan paya bakau memainkan peranan penting sebagai sebuah ekosistem mini untuk pelbagai spesis flora dan fauna, juga bertindak sebagai pelindung semula jadi untuk kawasan persisiran pantai yang mengurangkan hakisan serta mampu menjadi pelindung ribut. Langkah mengehadkan pembangunan bagi mencegah kerosakkan alam sekitar mampu menjana pembangunan sektor ekonomi tanpa risiko kehilangan sumber alam semulajadi. Kemajuan ekonomi dan teknologi sememangnya sangant penting, namun ia tidak bererti jika kita kehilangan warisan alam yang sepatutnya dipelihara.

Definisi Bandar.




Bergel(1955) - Menyatakan bahawa bandar ialah hasil pertumbuhan yang boleh dibahagikan kepada metropolitan yang mempunyai penduduk melebihi 75000 orang, bandar besar 10000 orang dan dandar kecil melebihi 1000 orang.

Webber(1962)-Bandar ialah pusat komuniti penduduk bandar dan desa yang menawarkan keperluan pasar bagi memenuhi keperluan harian dan pemasaran hasil.

Hawley(1971)- Menyatakan bandar merupakan kawasan penempatan yang agak tetap dengan penduduknya yang mengkhususkan dalam pelbagai kegiatan yang bercorak buakn pertanian.

Dickinson(dalam mayer 1971)-menjelaskan bandar merupakan pusat tamadun sama ada sebagai pusat masyarakat, pusat kebudayaan, pusat kegiatan sosial, pentadbiran, politik dan ekonomi.

Wirth(1983)- bandar merupakan kawasan petempatan yang empunyai penduduk yang ramai, padat, dan berbagai latar belakang sosial.

Mumford(1932)- Bandar atau kota terbahagi kepada Eopolis iaitu pusat daerah pertanian, Polis(pusat pemerintahan dan keagamaan), Metropolis(kota kurang luas penduduknya banyak), Megalopolis(perkembangan tidak terbatas metropolis), Tiranapolis(perkembangan yang tidak terkawal lagi), dan Nekropolis(kota sedang mengalami kehancuran).

Urbanisasi





Urbanisasi adalah perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu kawasan kepada keadaan yang lebih baik atau pertumbuhan Bandar baru. Pelbagai kemudahan wujud di kawasan berkenaan seperti yang ada di Bandar. Kebiasaannya Bandar baru wujud apabila terdapatnya penubuhan kampung baru, tanah rancangan seperti FELDA, FELCRA dan sebagainya. Bandar baru juga wujud akibat beberapa aktiviti industri sperti Bandar kerteh wujud akibat industri petroleum, nilai (perindustrian), pasir gudang(perindustrian) dan sebagainya. Penubuhan bndar baru bukan sahaja membawa masalah, tetpi ia juga membawa kepada kepentingan ekonomi Negara. Melalui penubuhan bndar perindustrian, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain menambah pendapatan Negara. Ia juga berpotensi untuk memajukan kawasan lain dan tidak hanya tertumpu di kawasan lembah klang yg telah terlalu padat. Langkah kerajaan mewujudkan Bandar baru juga untuk memberi peluang sama rata untuk kawasan lain membangun maju.

Friday, September 14, 2007

Kesan Banjir

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:
1. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
2. Kemusnahan Harta Benda
Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
4. Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
5. Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

Sunday, September 9, 2007

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PENBANGUNAN DAN PERSEKITARAN
43000, BANGI.

SOAL SELIDIK
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR
IMPAK BANJIR TERHADAP EKONOMI PENDUDUK
KAJIAN KES DI KOTA TINGGI, JOHOR
2007


NAMA AHLI KUMPULAN :
TUAN MOHD ZULFIKRI B. TUAN MAT A113010
JUMRIATI BT CHANTANDO A112487
NORLISA BT HUSIN A112712
NURUL KAMARIAH BT MOKHTARROJI A111985


Tuan / Puan yang dihormati

Salam sejahtera, kami daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) , Bangi sedang menjalankan kajian seperti yang tersebut diatas. Tuan / Puan merupakan salah seorang daripada responden yang terpilih secara rawak. Memandangkan pentingnya kajian ini, kami mengharapkan kerjasama Tuan / Puan menjawab semua soalan yang di kemukakan. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan kajian dan akan DIRAHSIAKAN. Akhir kata, atas segala kerjasama yang Tuan / Puan berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Daerah Kota Tinggi




Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.



Borang soal selidik kerja lapangan Kota Tinggi





URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

Tajuk : Impak banjir terhadap ekonomi penduduk.
Kajian Kes : Taman Kemang, Kota Tinggi, Johor.

Pengenalan

Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pusat membeli belah yang serba lengkap dan moden. Namun demikian, dicelah-celah pembangunan yang pesat ini berlaku bencana alam tidak dapat dielakkan. Banjir besar telah melanda Negeri Johor dan daerah yang paling teruk terjejas adalah daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2006 dan 11 Januari 2007.
Satu kajian lapangan akan dilakukan di Kota Tinggi Johor bagi melihat impak banjir terhadap ekonomi penduduk terutama di Taman Kemang dan sekitar Bandar Kota Tinggi, Johor.

Objektif

Objektif kajian bertujuan untuk:
1) Mengenalpasti kegiatan ekonomi utama penduduk.
2) Melihat kesan banjir terhadap ekonomi penduduk.
3) Mengkaji sama ada kesan tersebut akan mempengaruhi pembangunan bandar atau sebaliknya.
4) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Metodologi kajian
1 ) Borang soal selidik
2 ) Pemerhatian
3 ) Temubual

Borang Soal Selidik

A ) Biodata

1.
Jantina

Agama

Etnik

Umur

Taraf perkahwinan

Pendapatan keluarga sebulan
RM
Taraf pendidikan

Bilangan isi rumah

Bilangan anak dalam keluarga

Bilangan anak yang masih bersekolah

Bilangan anak yang sudah bekerja

Jenis Pekerjaan



B )

Jumlah pampasan yang diterima




RM 500 – RM 1,000
RM1,100 - RM5,000
· RM5,100 - RM10,000
· RM10,000 ke atas




Tempoh tidak dapat pergi kerja
· 2 Minggu
· 1 bulan
· 2 bulan keatas

Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda


· Ya
· Tidak
Nyatakan :………………………………………………………………………………


C )

1. Jenis bantuan






Kewangan
· Makanan
· Pakaian
· Keperluan dapur
· Keperluan anak yang bersekolah
· Perubatan

2. Pihak yang memberikan bantuan




· Kerajaan
· Swasta
· Ahli-ahli politik
· Persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian




3. Cara pembahagian bantuan
· Terus kepada mangsa
· Melalui Majlis Daerah
· Berperingkat

4. Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir



· 2 Hari
· 1 Minggu
· 2 Minggu ke atas




5. Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar)
· RM100 – RM200
· RM200 – RM400
· RM400 ke atas

D)
1. Secara keseluruhan adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan?
Jika ya/tidak. Nyatakan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sunday, August 19, 2007

Aktiviti menyelamat mangsa banjir














Aktiviti menyelamat hanya boleh dilakukan melallui jalan udara dan menggunakan bot penyelat samada polis, tentera, JPA3, Bomba dan Penyelamat dan beberapa badan penyelamat lain. Sumber bekalan samada makanan, pakaian, dan perlatan lain hanya boleh di salurkan melalui jalan udara dengan menggunakan helikopter daripada PDRM dan bomba manakala operasi memindahkan mangsa banjir hanya menggunakan bot-bot penyelamat daripada polis, bomba dan tentera.

Sistem perhubungan darat yang terjejas.
















Sistem perhubungan turut terjejas kibat daripada banjir yang telah menenggelamkan jalan2 utama. Penduduk terpaksa menggunakan bot pihak penyelamat untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Wednesday, August 15, 2007

Kota Tinggi Plaza yang tenggelam
















Gambar Kota Tinggi Plaza yang tenggelam akibat banjir yang melanda KotaTinggi pada akhir Disember dan awal Januari.

Tuesday, August 14, 2007

laporan awal

Pada 2 dan 3 ogos 2007, satu kumpulan awal kumpulan pelajar urbanisasi dan pembangunan bandar telah membuat tinjauan awal ke kota tinggi. tinjauan ini terdiri daripada ketua setiap kumpulan dan pensyarah sendiri.
2 ogos 8.00malam
para pelajar berkumpul untu bertolak dengan bas ukm dari perkarangan Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan UKM. Perjalanan ni mengambil masa selama 5 jam melalui lebuh raya utara selatan. Kami tiba di kota tinggi tepat jam 1.30 3 ogos pagi dan menginap d hotel nasya sebelum meneruskan tinjauan awal pada pagi berikutnya.
3 ogos 9.00pagi
KAmi berkumpul di perkarangan hotel bagi menaiki bas ke kampung Kelantan. di sana kami di beri penerangan oleh ketua kampung Kelantan dan ketua penghulu kampung. Kami juga dapat melihat kemusnahan yang telah di aam oleh kampung Kelantan yang masih belum pulih sepenuhnya daripada 2 kejadian banjir besar yang melanda pada akhir Disember dan awal Januari.
3ogos 12tengahari
Kami meninjau pula keadaan bandar Kota Tinggi yang juga belum pulih sepenuhnya daripada 2 kesan banjir yang teruk sebelum ini. Ada juga sesetengah penaga yang enambil langkah untk keluar dari Kota Tinggi bagi mencari peluang perniagaan yang lebih dan tidak sanggup lagi menanggung risiko yang akan datang.
3ogos 3petang
Kami menuju ke Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi mendengar penerangan lebih lanjut mengenai banjir yang melanda Kota Tinggi. Namun akibat pertindihan jadual, penolong ketua daerah tidak dapat bersama kami bagi menjawab segala persoalan yang akan di ajukankan. Namun kami telah dipertemukan dengan wakil daripada setiap kampung dan taman yang ada di sekitar Kota Tinggi. Di situ kami berbincang tentang permasalahan yang berlaku akibat daripada kesan yang dialami oleh penduduk sendiri. Kami juga mendengar segala luahan dan pengalaman steiap wakil penduduk berkenaan.
3ogos 5petang
Bertolak pulang ke UKM dan tiba pada jam 11 malam.

Gelombang ke-2



Gambar pihak penyelamat dalam mambantu msngsa-mangsa di sekitar bandar Kota Tinggi. Ini adalah gelombang kedua yang mana banjir yang melanda adalah lebih dasyat iaitu 2.9meter. Hampir keselruhan bandar kota tinggi lumpuh kerana sistem pengankutan, ekonomi dan pentadbiran lumpuh sama sekali kerana banjir ini turut hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). bu Pejabat Polis Kontinjen Johor apabila dihubungi berkata seramai 20,497 mangsa telah dipindahkan ke 129 pusat pemindahan banjir. Derah paling terjejas iaitu Kota Tinggi dengan 1,999 mangsa di 14 pusat pemindahan.

Peristiwa Banjir Besar Kota Tinggi gelombang petama




Banjir Gelombang Pertama Bermula 19 Disember 2006
Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.