THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, September 29, 2007

Usahasama UKM-Khazanah untuk pemuliharaan Wilayah Pembangunan Iskandar



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam memantau dan menguruskan usaha-usaha pemuliharaan hutan paya bakau di kawasan-kawasan berhampiran dengan Wilayah Pembangunan Iskandar di selatan Johor.Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah, Dekan Fakulti Fains Sosial dan Kemanusiaan UKM, mengetuai kumpulan penyelidik UKM dalam membantu Khazanah membangunkan kawasan di Wilayah Pembangunan Iskandar.Wilayah Iskandar dijangka akan berkembang menjadi sebuah metropolis termaju di selatan Semenanjung Malaysia di mana kemajuan serta kepesatan pembangunan ekonomi, sosial serta persekitaran akan saling membangun dalam suatu suasana yang harmoni. Terletak di selatan negeri Johor, Wilayah Iskandar akan menjadi hub ekonomi Asia Tenggara yang bersifat global. Pembangunan di kawasan ini dikawal selia secara terperinci oleh Khazanah bagi memastikan kejayaan pelan pembangunannya yang mempunyai keluasan 2,217 km per segi.Untuk pelaksanaan perancangan dan implementasi, Wilayah Iskandar telah menggunakan polisi meminimumkan risiko pemusnahan alam sekitar dan bencana alam serta melindungi sumber--sumber alam semula jadi.Dengan Wilayah Iskandar menjadi pusat penjana pembangunan, kawasan ini akan dibangunkan sebagai pusat ekonomi antarabangsa tanpa mempertaruhkan kewujudan sumber alam yang tidak ternilainya, iaitu hutan paya bakau.Hutan paya bakau yang meliputi kawasan perairan Wilayah Iskandar adalah dilindungi oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai satu daripada empat kawasan perlindungan tanah pamah Ramsar di Malaysia dan akan dilindungi dari apa jua ancaman kemusnahan. Zon penampanan diletakkan untuk memisahkan kawasan Wilayah Iskandar dengan kawasan hutan paya bakau. Aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan tidak boleh dilakukan melebihi kawasan zon penampanan kerana kawasan itu menandakan sempadan antara Wilayah Iskandar dengan kawasan hutan bakau tersebut.Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah menyatakan bahawa hutan paya bakau memainkan peranan penting sebagai sebuah ekosistem mini untuk pelbagai spesis flora dan fauna, juga bertindak sebagai pelindung semula jadi untuk kawasan persisiran pantai yang mengurangkan hakisan serta mampu menjadi pelindung ribut. Langkah mengehadkan pembangunan bagi mencegah kerosakkan alam sekitar mampu menjana pembangunan sektor ekonomi tanpa risiko kehilangan sumber alam semulajadi. Kemajuan ekonomi dan teknologi sememangnya sangant penting, namun ia tidak bererti jika kita kehilangan warisan alam yang sepatutnya dipelihara.