THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, October 26, 2007

Cuaca Dunia Semakin Pelik

REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan China ketika banjir terus menelan korbannya dari Pakistan, Habsyah, Korea sehinggalah ke India. Keadaan cuaca tidak menentu itu menyaksikan beratus-ratus kematian dalam sekelip mata manakala lebih sejuta lain hilang tempat tinggal. Nilai kerugian akibat kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda mencecah berbilion dolar. Inilah senario terkini keadaan cuaca dunia yang lebih banyak pelik daripada kebiasaannya. Catatan rekod daripada panas dan sejuk melampau selain rentetan satu demi satu taufan ganas yang seakan tidak memberi ruang bagi negara mangsa untuk bernafas. Keadaan diburukkan lagi dengan ancaman gempa bumi kian kerap dengan catatan skala Richter lebih daripada sederhana sehingga menyebabkan amaran ombak besar atau tsunami yang amat asing bagi rantau Asia Pasifik, kini berlaku hampir setiap bulan. Pendek kata, bukan saja perkembangan politik dunia diselubungi pelbagai kekacauan, tetapi rekod alam sekitar pun tidak terkecuali kelam kabutnya sebagaimana yang ketara di beberapa negara dalam tempoh dua bulan lalu. Namun, antara contoh ‘klasik’ atau ketara adalah membabitkan kejutan perbezaan cuaca ketara benua Eropah dan Amerika dengan Afrika. Apa tidaknya, Eropah dan Amerika yang lebih diketahui menikmati cuaca sejuk sebaliknya diselubungi panas melampau dengan paparan rakyatnya kepanasan terpampang di kebanyakan media utama dunia baru-baru ini. Keadaan sebaliknya berlaku di bahagian selatan dua benua itu apabila Afrika Selatan yang sudah sinonim dengan cuaca panas, sebaliknya menyaksikan kehadiran salji buat kali pertama sejak 1981. Cuaca sejuk melampau di kawasan termasuk bandar Soweto, selatan Johannesburg serta kawasan penempatan eksklusif di Sandton mencatatkan suhu sehingga 1 darjah Celsius. "Salji yang turun itu menjadi satu fenomena unik bagi kami kerana ia jarang berlaku di negara ini. Cuaca sejuk memang berlaku tetapi tidaklah sehingga menurunkan salji," kata Kevin Rae, Timbalan Pengurus Jabatan Kaji Cuaca Afrika Selatan di Pretoria yang dipetik media tempatan. Ketika penduduk Afrika Selatan memakai baju sejuk dengan anak kecilnya riang bermain salji, warga Amerika dan Eropah lebih selesa berpakaian tipis dan merendamkan kaki di air pancut akibat cuaca panas melampau. Laman web pusat pemantau cuaca Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (Nasa) merujuk bulan lalu sebagai tempoh paling panas sejak enam tahun lalu dengan catatan suhu kira-kira 40 darjah Celsius. Suhu permukaan tanah turut meningkat dengan sebahagian Kanada dan Mexico juga lebih panas berbanding tempoh 2000-2005. Di Amerika, korban cuaca panas itu mencecah lebih 200 orang termasuk 164 orang di California dengan selebihnya dilaporkan di New York dan Chicago. Keadaan itu menyebabkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus. Di Eropah sekurang-kurangnya 29 orang maut di Paris akibat panas melampau. Namun fenomena sepanjang Julai yang reda awal bulan ini masih terkawal dan tidak seburuk kejadian pada 2003 apabila sekurang-kurangnya 15,000 maut di Perancis dan 20,000 lain di Itali akibat cuaca panas yang keterlaluan. Ramai kalangan saintis mengaitkan keadaan pelik itu sebagai kesan pemanasan global - satu keadaan yang dijangka berlarutan akibat pencemaran gas rumah hijau hasil pembakaran bahan fosil yang terperangkap dalam atmosfera. Biarpun sukar membuktikannya, seperti diakui Asher Timms, pegawai Pusat Penyelidikan Perubahan Cuaca Tyndall di Britain, corak cuaca bumi kini berubah. "Akibatnya paras air laut semakin meningkat yang berkait rapat dengan salji yang semakin berkurangan atau cair di kebanyakan kawasan pergunungan serta bungkah ais Greenland yang mencair. Ini menyebabkan air laut semakin panas dan menyebabkan taufan makin ganas berlaku dengan kerap." Malah antara bukti taufan yang mengganas adalah di China yang menyaksikan kemudaratan akibat serangan tiga taufan dalam tempoh sebulan. Dimulai taufan Bilis, Prapiroon dan terbaru taufan raksasa Saomai dengan angin selaju 216 kilometer sejam. Serangan taufan itu menyaksikan banjir dan tanah runtuh yang setakat ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh termasuk 600 akibat taufan Bilis saja. Keadaan banjir itu turut meragut nyawa di ceruk lain dunia di Korea Utara, India dan di Habsyah. Malah di Habsyah selain 254 kematian, seramai 250 orang masih hilang sehingga hari ini. Apa yang pasti, keadaan cuaca yang tidak menentu itu diperakui sejak beberapa tahun lalu yang membawa kepada penubuhan satu agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Intergovernmental Panel non Climate Change (Panel Perubahan Cuaca) pada 1988. Laporan keempatnya mengenai fenomena pelik cuaca dunia akan dikeluarkan tahun depan. Laporan itu bakal mengemas kini butiran kajian 2001 yang sudah memberikan amaran peningkatan suhu sebanyak 1.4 - 5.8 darjah Celsius pada 1990 sehingga 2100 bakal mendatangkan kesan buruk. Apa yang pasti, tempias amaran laporan PBB itu sudah pun ketara sejak akhir-akhir ini. Fenomena pelik cuaca bukan setakat satu andaian tetapi hakikat yang bakal berlaku pada bila-bila masa. Malangnya, biar sehebat mana pun kecanggihan teknologi bagi mengesannya, ia tidak dapat mengekang kemusnahan akibat bencana alam yang berlaku. Manusia hanya mampu menunggu dan melihat kemusnahan disebabkan cuaca makin pelik dan buruk ini.

Bukti Cuaca Dunia Semakin Pelik

2006

Amerika Syarikat, Eropah dilanda panas melampau manakala Afrika Selatan menyaksikan salji buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

Kajian terbaru buktikan pembentukan awan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya menyebabkan beberapa habitat hidupan liar kekeringan dan menjejaskan perubahan flora dan fauna.

2005

Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim.

Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling panas.

Kemarau dan panas kering menyebabkan musim kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 8.5 juta ekar kawasan dunia yang jauh atasi fenomena sama pada 2000.

Sumber: Berita Minggu ( 13 Ogos 2006 )

Kesan pemanasan global



MACHANG: Beberapa lokasi rendah di negara ini yang berada separas dengan laut berisiko tinggi lenyap ‘ditelan laut’ berikutan kemungkinan berlaku fenomena air laut meningkat disebabkan kepanasan global. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, berkata kerajaan bagaimanapun tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mencari langkah terbaik yang akan diambil bagi mengatasi fenomena itu. “Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu kemungkinan nasib yang menimpa beberapa negara Eropah seperti Belanda akan menimpa negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi 73 penduduk uzur dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pangkal Melerek, di sini semalam. Beliau berkata, negara memerlukan langkah jangka panjang sekurang-kurangnya membina benteng terutama bagi kawasan yang berisiko tinggi seperti di Batu Pahat, Johor dan Pantai Sabak di Kelantan. Katanya, peruntukan berbilion ringgit diperlukan bagi kerja itu dan kementerian memerlukan sokongan semua pihak terutama pihak berkuasa kerajaan tempatan dan kementerian lain. Sazmi berkata, masalah di Batu Pahat sangat merumitkan apabila banjir di kawasan itu berlaku akibat hujan lebat berterusan kerana air sungai tidak dapat mengalir ke laut berikutan paras laut hampir menyamai daratan. Katanya, sementara kawasan seluas setengah kilometer di Pantai Sabak sudah dihakis ombak sejak beberapa tahun lalu menyebabkan puluhan rumah kepunyaan penduduk di situ musnah dan dihanyutkan ombak besar pada musim tengkujuh. Beliau berkata, kedua-dua kawasan itu lebih berisiko tinggi apabila berlaku gempa bumi berhampiran negara secara berterusan. Bagaimanapun, beliau berharap penduduk yang tinggal di kawasan itu harus bersabar kerana fenomena itu baru berlaku dan memberi peluang kepada kerajaan mengatasinya. Bernama.

Thursday, October 25, 2007

Cabaran Baru PBB

KEBIMBANGAN mengenai planet bumi dan kehidupannya semakin mendapat perhatian para pemimpin dunia. Kehidupan manusia kian terancam. Kesan perubahan iklim setakat yang kita ketahui sangat mengerikan. Ia menjadi topik khusus dan disentuh oleh para pemimpin yang berucap pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York. Walaupun ada yang menyebutnya sebagai agenda Amerika Syarikat (AS) tetapi perubahan iklim sudah menjadi topik hangat. Pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Sydney, bulan lalu ia juga menjadi topik utama. Begitu juga ASEAN, sidang kemuncak di Singapura pada November ini akan menjadikan perubahan ilkim dan alam sekitar sebagai agenda utama pertemuan. Persidangan itu sendiri mengambil tema Tenaga, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Pembangunan Berterusan. Dalam masa terdekat ini, isu perubahan iklim akan menjadi topik perbahasan utama setiap persidangan serantau mahupun antarabangsa. Ia mungkin sama penting atau lebih penting daripada isu keselamatan dan keamanan. Sudah ada kesedaran dalam kalangan pemimpin dunia bahawa perubahan iklim sukar untuk dicegah dan dihentikan. Perubahan iklim ibarat waktu yang akan terus bergerak. Kajian ilmiah mendapati planet Bumi yang kita huni ini akan tunggang-langgang akibat perubahan iklim. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dibentuk oleh PBB meramalkan kutub utara akan hilang dalam tempoh 50 tahun lagi, peningkatan suhu 1.8 hingga 4 darjah Celsius, permukaan air laut naik 28 hingga 34 sentimeter dan peningkatan gelombang udara panas dan badai tropika. Kajian juga mendapati perubahan iklim boleh menjadi punca meningkatnya pelbagai penyakit seperti wabak taun, demam berdarah dan malaria. Bencana yang diakibatkan perubahan iklim dianggarkan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$150 bilion setahun. Kesannya memang sudah kita rasai sekarang. Banjir besar di kawasan yang sebelum ini bebas daripada bencana itu, ribut taufan dan gempa bumi. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berucap pada perhimpunan agung PBB, bencana teruk akibat perubahan iklim itu belum tiba lagi. Dan pada perhimpunan agung PBB ke-62 ini, masyarakat dunia telah melangkah ke era baru. Buat pertama kali dalam sejarah, masalah perubahan iklim dibincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan negara anggota. Hasilnya, mereka sepakat untuk menjadikan pertemuan Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB (UNFCCC) ke-13 di Bali pada Disember ini untuk menggubal perjanjian baru menggantikan Protokol Kyoto yang tamat pada 2012. Protokol Kyoto merupakan perjanjian di bawah naungan UNFCCC dan meliputi lebih 160 negara serta lebih 60 peratus dari negara-negara dari segi pelepasan gas rumah hijau secara global. Pertemuan pemimpin peringkat tinggi itu yang diadakan sehari sebelum sesi perbahasan umum PBB, Isnin lalu memberi petunjuk positif terhadap kesungguhan politik pemimpin dunia menangani cabaran perubahan iklim melalui tindakan bersama.

Pelengkap

Satu-satunya forum yang akan digunakan untuk melaksanakan kesepakatan itu ialah melalui UNFCC. Inisiatif lain seperti ditegaskan oleh Abdullah, tidak boleh menjadi saingan tetapi pelengkap kepada kesepakatan dalam UNFCC. UNFCC penting sebagai forum bagi membahas dan melaksanakan perjanjian pasca-Protokol Tokyo yang tamat pada 2012. Dalam aspek ini, semua pemimpin dunia sebagaimana komitmen yang telah dinyatakan di perhimpunan agung PBB, perlu melaksanakan segala kesepakatan atau perjanjian sebelum akhir 2012. Soalnya sekarang ialah komitmen negara maju seperti negara yang kini mengambil peranan sebagai ‘pemimpin dunia’, Amerika Syarikat (AS) untuk sama-sama melaksanakan segala kesepakatan pasca 2012. AS sendiri tidak menandatangani Protokol Tokyo yang ditandatangani pada 1997. Kali ini kesungguhan AS dan negara maju lain ditagih serta tidak ada yang terkecuali. Diharapkan ketidakhadiran Presiden George W. Bush pada sesi meja bulat berkenaan teknologi sebelum UNGA ke- 62 bermula tidak menggambarkan kedegilan AS untuk melaksanakan kesepakatan dalam menangani perubahan iklim pasca 2012. Bush yang menghantar Setiausaha Negara, Condoleezza Rice bagaimanapun menyatakan AS memahami keperluan mendesak untuk menangani perubahan iklim. Tetapi AS, sebagaimana selalunya mempunyai agenda sendiri dalam menangani isu ini. Bush pada minggu ini menganjurkan sendiri persidangan perubahan iklim yang dihadiri oleh 16 buah negara maju – negara penyumbang terbesar pencemaran. Nampaknya Bush mahu membentuk pelan dan tindakan sendiri, yang mungkin nantinya akan digabungkan dengan usaha PBB melalui UNFCC. Inilah politik PBB, negara maju khususnya AS tidak akan tunduk kepadanya tetapi sebaliknya mereka yang menentukan apa seharusnya dilakukan oleh badan dunia itu. Dalam hal ini, negara-negara membangun termasuk Malaysia dan Indonesia, selaku hos kepada UNFCC ke-13 nanti, telah menyuarakan pendirian masing-masing untuk memastikan perjanjian pasca 2012 benar-benar berkesan dalam menangani cabaran perubahan iklim. Tetapi sekali lagi, mampukah negara-negara maju melaksanakan peranan kritikalnya – mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, mengembangkan mekanisme yang memudahkan sumbangan dan mewujudkan peruntukan khas – sebagaimana permintaan negara membangun dan miskin?

Bencana

Inilah isu penting yang perlu diselesaikan segera sebelum berakhirnya perjanjian Protokol Kyoto yang akan menentukan nasib muka bumi ini daripada bencana akibat perubahan iklim. Sebenarnya perubahan iklim telah menjadi topik percakapan masyarakat dunia sejak tahun 1990-an lagi. Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992 merupakan permulaannya. Inilah yang diingatkan oleh Abdullah di depan khalayak antarabangsa semasa berucap pada UNGA, Jumaat lalu. Beliau mengingatkan bahawa mesej sidang kemuncak itu bukan lebih daripada “transformasi sikap dan tabiat kita yang akan membawa perubahan yang sewajarnya.” “Kebenaran ini masih kekal,” tegas Perdana Menteri. Nampaknya dalam menangani masalah sejagat ini, lebih banyak cadangan dan usul dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah tindakan diambil sedangkan tiada langkah bermakna dilakukan untuk menjaga kesejahteraan Bumi ini. Memang kesejahteraan planet Bumi dan semua penghuninya berada dalam kawalan kita tetapi sayangnya manusia itu sendiri yang tidak mahu berubah kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Negara maju dengan lagaknya enggan berkongsi kemakmuran untuk memberi pampasan kepada negara membangun dan miskin yang berusaha melakukan usaha-usaha mengawal pemanasan global. Negara membangun dan miskin pula hanya pandai berteriak meminta bantuan sedangkan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihara alamnya. Hutan hijaunya digondol sesuka hati manakala kawasan bukit-bukau ditarah untuk pembangunan. Lantas apa yang boleh kita lakukan jika bencana alam akibat kecuaian manusia itu terus berlaku. Apakah kita hanya mahu berserah kepada takdir? Apakah bencana alam yang silih berganti sekarang merupakan petanda akhir zaman? Yang jelas, masalah perubahan iklim akan menjadi satu lagi ujian keberkesanan peranan PBB sebagai sebuah badan yang mewakili masyarakat dunia selepas kegagalannya dalam menangani isu keselamatan dan keamanan sejagat.

Bencana Banjir



Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.


Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Wednesday, October 24, 2007

Kesan banjir terhadap ekonomi bandar

Peniaga sekitar bandar Kota Tinggi telah menagalami satu trauma yang cukup hebat. Pada akhir Disember mereka telah diuji dengan satu bencana alam yang besar iaitu gelombang banjir pertama. Mereka telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit malahan ada diantara mereka yang kerugian jutaan ringgit terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan berskala besar. Kejadian gelombang pertama tidak mematahkan semangat mereka, selepas kejadian banjir ini mereka telah mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki kedai dan mendapatkan bekalan stok yang baru. Mereka mahu memulakan pernigaan mereka secepat yang mungkin. Namun panas tidak sampai ke petang, sekali lagi kota tinggi dilanda banjir pada awal Januari. Namun kali ini lebih dasyat apabila gelombang kedua 'mengganas' bagaikan harimau luka. Peniaga mengalami kerugian yang amat dasyat. kali ini mereka tidak lagi dapat menampung kerugian mereka kesan gelombang kedua. Sehingga kini, masih banyak kedai yang tidak memulakan operasi malahan ada juga yang tidak mahu mengambil risiko untu melabur di bandar kota tinggi. Ada sesetengah pemilik pernigaan yang menjadi gila akibat bebanan hutang yang tinggi kepada pihak bank. Bandar Kota Tinggi kini bagaikan sebuah bandar yang baru di bangukan. kerajaan negeri melalui majlis daerah kota tinggi telah merangka beberapa projek bagi meningkatkan pelaburan masuk ke kota tinggi.Mengikut perancangan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70juta bagi meningkatkatkan ekonomi Kota tinggi pelbagai langkah sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antaranya ialah projek pendalaman Sungai. Ini bagi mengelakkan air melimpah naik ke daratan. Selain itu banyak kemudahan awam yang dibina dan dibaiki. Seperti jambatan jalan raya, bangunan kedai dan pejabat, tempat pelancongan dan sebagainya. Ini semua dilakukan untuk menyakinkan pelabur bahawa Kota tinggi tidak akan mengalami bencana lagi.

Kesan banjir kepada penduduk

Banjir besar di Kota Tinggi pada bulan Disember dan Januari telah menjejaskan ekonomi penduduk Kota Tinggi. kebanyakan daripada mereka adalah berkerja sebagai buruh dan peniaga. Bagi peniaga, mereka terpaksa menaggung kesan kerugian yang amat dasyat. Mereka terpaksa menelan pahit apabila melihat kedai dan barangan dihanyutkan banjir. selain itu, rumah mereka juga rosak teruk akibat banjir. Mereka terpaksa menanggung kerugian dua kali ganda lebih tinggi daripada penduduk lain. Ada juga segelintir daripada mereka hanya menerima bantuan untuk kedai sahaja, tetapi terpaksa menanggung kos kerosakan rumah atas tanggungan sendiri. Oleh itu, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membaika kediaman mereka.

UKM di ISS


Pelancaran roket Soyuz pada 10 Oktober 2007 yang membawa angkasawan pertama Malaysia menandakan satu titik sejarah dalam bidang sains angkasa negara.
Tiga kajian dalam bidang sains hayat telah dibawa bersama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dua daripada eksperimen ini diketuai oleh penyelidik dari UKM iaitu Profesor Dr. A Rahman A Jamal, yang mengetuai kajian sel kanser di angkasa dan Profesor Dr. Ramelah Mohamed yang mengetuai kajian mikrob di angkasa.
Profesor Dr. A Rahman yang juga merupakan ketua pasukan saintifik bertanggungjawab berkomunikasi dengan Dr. Sheikh Muszaphar pada sesi komunikasi teknikal yang dijalankan dua kali sehari di Pusat Kawalan Misi (MCC), Moscow. Dengan sokongan dan panduan daripada semua saintis dan pasukan teknikal di MCC, serta latihan dan pemahaman yang mendalam, Dr. Sheikh Muszaphar telah berjaya menyempurnakan semua eksperimen sains angkasa dengan cemerlang. Prestasi beliau sebagai seorang angkasawan juga dipuji oleh pihak Rusia dan juga rakan dari Agensi Angkasa Eropah.
Penyempurnaan penyelidikan sains angkasa ini bersama misi angkasawan menandakan satu pencapaian baru bagi saintis Malaysia dalam bidang yang bukan sahaja memerlukan kepakaran bidang sains hayat, malahan dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa, serta aspek logistik dan teknikal yang lain. UKM kini mempunyai kapasiti untuk meneruskan kajian seperti ini bagi menyahut seruan pimpinan negara agar penyelidikan sains angkasa diteruskan.

Hasil Kajian.

Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar, Kota Tinggi.
Pegawai : Md. Khisban B. Abu YaminKetua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

Majlis Daerah Kota Tinggi telah melakukan banyak pembaikpulihan bagi membangunkan lagi daerah Kota Tinggi khususnya selepas banjir melanda. Antara projek-projek yang dilakukan adalah :
Penempatan semula penduduk yang tinggal dikawasan yang berisiko tingi untuk dilanda banjir.Pembaik pulih Bazar Kota. Para peniaga teruk terjejas akibat banjir ini. Peniaga-peniaga mendapatkan pinjaman daripada bank-bank untuk menubuhkan semula perniagaan mereka.Membuka penempatan baru untuk penduduk. Sebuah rumah berharga 46 ribu tetapi penduduk hanya perlu membayar rumah tersebut dengan harga 25 ribu iaitu sebanyak RM 100 sebulan selama 25 tahun.Projek pembaik pulih banjir iaitu sebanyak 22 projek.- Fasa pertama adalah pada bulan Februari manakala fasa kedua pada bulan April.- Antara yang dibaik pulih adalah jalanraya, perparitan, pencahayaan dan infrastruktur.Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk membaik pulih daerah Kota Tinggi ini adalah sebanyak RM 10 juta yang diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Hal-hal lain- Peniaga Kota Tinggi dikecualikan daripada membayar cukai harta yang terdiri daripada lesen dan sewa gerai sehingga 7 jun 2008.- Dewan Perniagaan Melayu dan Cina menganjurkan seminar khusus untuk para peniaga.- Projek mendalamkan Sungai Johor yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta.

Hasil Kajian.

Maklumat di Majlis Daerah.Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Majlis daerah Kota Tinggi.
Pegawai : Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir seramai 7880 buah keluarga iaitu pada banjir pertama dan banjir kedua. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir sama ada oleh pihak kerajaan ataupun persatuan-persatuan. Bantuan diberikan kepada penduduk yang rumah mereka ditenggelami air dan juga kepada peniaga-peniaga yang turut terjejas, tetapi bantuan diberi keutamaan kepada rumah terlebih dahulu. Ini menyebabkan ramai peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Kumpulan kami tidak mendapat banyak maklumat kerana pemberi maklumat tidak sempat untuk membuat persediaan yang secukupnya kerana kedatangan rombongan kami tidak diketahui oleh pihak Majlis Daerah, tetapi mereka cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin. Pegawai berkenaan mencadangkan supaya kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap daripada jabatan-jabatan yang berkenaan.