REKOD bumi kini mencatatkan perkembangan pelik. Bahang panas melampau di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi keadaan sebaliknya di negara panas, Afrika Selatan yang dilitupi salji. Tidak ketinggalan beberapa siri taufan yang semakin kerap dan ganas, termasuk berstatus taufan raksasa menggegarkan
Friday, October 26, 2007
Cuaca Dunia Semakin Pelik
Posted by
Tuan Mohd Zulfikri Bin Tuan Mat A113010 Program Sains Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia
at
3:01 AM
0
comments
Bukti Cuaca Dunia Semakin Pelik
2006
Amerika Syarikat, Eropah dilanda panas melampau manakala Afrika Selatan menyaksikan salji buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.
Kajian terbaru buktikan pembentukan awan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya menyebabkan beberapa habitat hidupan liar kekeringan dan menjejaskan perubahan flora dan fauna.
2005
Musim taufan Atlantik paling aktif pada tahun ini dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung yang tujuh daripadanya cecah Kategori 3 ke atas. Buat kali pertama, taufan ganas Katrina, Rita dan Wilma terbentuk dalam satu musim.
Bumi semakin panas keadaan tahun lalu menyamai 1998 sebagai tempoh paling panas.
Kemarau dan panas kering menyebabkan musim kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 8.5 juta ekar kawasan dunia yang jauh atasi fenomena sama pada 2000.
Sumber: Berita Minggu ( 13 Ogos 2006 )
Posted by
Tuan Mohd Zulfikri Bin Tuan Mat A113010 Program Sains Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia
at
2:48 AM
0
comments
Kesan pemanasan global
MACHANG: Beberapa lokasi rendah di negara ini yang berada separas dengan laut berisiko tinggi lenyap ‘ditelan laut’ berikutan kemungkinan berlaku fenomena air laut meningkat disebabkan kepanasan global. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, berkata kerajaan bagaimanapun tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mencari langkah terbaik yang akan diambil bagi mengatasi fenomena itu. “Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu kemungkinan nasib yang menimpa beberapa negara Eropah seperti Belanda akan menimpa negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi 73 penduduk uzur dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pangkal Melerek, di sini semalam. Beliau berkata, negara memerlukan langkah jangka panjang sekurang-kurangnya membina benteng terutama bagi kawasan yang berisiko tinggi seperti di Batu Pahat, Johor dan Pantai Sabak di Kelantan. Katanya, peruntukan berbilion ringgit diperlukan bagi kerja itu dan kementerian memerlukan sokongan semua pihak terutama pihak berkuasa kerajaan tempatan dan kementerian lain. Sazmi berkata, masalah di Batu Pahat sangat merumitkan apabila banjir di kawasan itu berlaku akibat hujan lebat berterusan kerana air sungai tidak dapat mengalir ke laut berikutan paras laut hampir menyamai daratan. Katanya, sementara kawasan seluas setengah kilometer di Pantai Sabak sudah dihakis ombak sejak beberapa tahun lalu menyebabkan puluhan rumah kepunyaan penduduk di situ musnah dan dihanyutkan ombak besar pada musim tengkujuh. Beliau berkata, kedua-dua kawasan itu lebih berisiko tinggi apabila berlaku gempa bumi berhampiran negara secara berterusan. Bagaimanapun, beliau berharap penduduk yang tinggal di kawasan itu harus bersabar kerana fenomena itu baru berlaku dan memberi peluang kepada kerajaan mengatasinya. Bernama.
Posted by
Tuan Mohd Zulfikri Bin Tuan Mat A113010 Program Sains Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia
at
2:35 AM
0
comments
