THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Thursday, October 25, 2007

Bencana Banjir



Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.


Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

No comments: